Pada
hujung minggu yang lalu iaitu hari Ahad, aku bersama adik iparku Zikri
berkesempatan mendaki Bukit Tok’Kun di Cherok Tok’Kun Pulau Pinang. Bukit ini terletak di
kawasan Hutan Lipur Bukit Mertajam. Ketinggian bukit ini daripada paras laut
adalah lebih kurang 500 meter. Memandangkan aku dalam mood cuti di kampung
isteriku, jadi apa salahnya aku melepaskan gian untuk hiking di Penang....Yeahhhh. Penang juga terkenal dengan hiking spot seperti Bukit Bendera dan Bukit Jambul.
|
Permulaan trek.. Bleh lagi senyum time nih..hehe |
|
Buddy aku Zikri...auummm |
|
Awai lagi... Kita posing duluuu..yihaaaa |
Rumah
isteriku yang terletak di Kampung Tanah Liat tidak jauh daripada Bukit Tok’Kun ini.
Perjalanan dengan menaiki motor mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.
Memandangkan hari itu adalah hari Ahad, maka kenderaan pada pagi itu tidaklah
begitu banyak kerana masing-masing masih di dalam selimut masing-masing... Jalan tak jem oiii...haha. Kami
tiba di kawasan kaki bukit lebih kurang jam 7.30 pagi. Pada waktu itu sudah
banyak kelihatan kenderaan yang diletakkan di kawasan itu. Kami ingat kami awai dah,
rupanya depa lagi awai...haha paduuuu. Landmark untuk ke kaki Bukit Tok’Kun adalah
sebuah kedai makan iaitu Pak Man Mee Kuah Ketam jalan terus sahaja dan akan sampai ke kaki bukit. Kedai makan ini juga agak
terkenal di kalangan masyarakat setempat di situ.
|
Tak sampai 10%.. Masih bleh senyum lagi...haha. hang tunggu sat...kiki |
|
Hikers kental la kononnya... |
|
Trek agak basah sebab malam tadi hujan... |
Untuk
mendaki Bukit Tok’Kun terdapat dua pilihan samada jalan bertar ataupun
berbukit. Aku dan Zikri memilih untuk jalan berbukit. Dah nama pun hiking kan
takkan nak naik jalan bertar plak..haha. Permulaan trek Bukit Tok’Kun pada
permulaannya sangat santai dengan disajikan pemandangan hutan hijau yang sangat
memukau. Di samping itu, beberapa sungai kecil yang kami lintasi menggamit mata memandang. Jika memilih jalan
bertar pemandangan seperti ini tidak dapat dilihat kerana kiri kanan jalan adalah hutan semata tetapi terpulang pada
pilihan masing-masing.
|
Penat ye bang.. Ada unsur-unsur penyesalan di situ..haha |
|
Ku redahhhhh jalan yang berliku.... |
Zikri
menjadi guider aku pada pagi itu memandangkan dia pernah mendaki bukit ini pada
minggu lepas. Tetapi walaupun tiada guider, bukit ini dapat didaki juga kerana
ramai pendaki yang mendaki bersama-sama pada ketika itu. Yang penting jangan malu bertanya.
Sebab tue ada pepatah mengatakan malu bertanya sesat jalan. Sebenarnya aku
underestimate bukit ini sebab ingat biasa-biasa je treknya dan aku
ada pengalaman mendaki 3 bukit sebelum ini tetapi ternyata jangkaanku meleset
sebab trek Bukit Tok’Kun agak kejam bagi pendaki amatur sepertiku mklumla nubis kubis katakan...haha. kerana trek
yang pacak ditambah pula staminaku yang kurang memberangsangkan. Tidak bagi adik
iparku Zikri yang agak ke depan berbandingku. Tapi itu semua tidak mematahkan
semangatku untuk menawan bukit ini. Pendakian harus diteruskan jua bak motto
aku “bair pewai janji puas”.
|
Jauh lagi pedakian tue..huhu |
|
Posing lagi bro.. Gaya seorang hikers |
|
Pelantar pemandangan sebelum puncak |
Kami
sampai di puncak bukit lebih kurang jam 8.30 pagi. Lebih kurang 50 minit masa
yang di ambil untuk menawan Bukit Tok’Kun. Untuk pengetahuan pendaki semua,
jika anda memilih trek berbukit ianya hanya 70% berbukit manakala selebihnya
jalan bertar. Tetapi sebenarnya berdasarkan pembacaanku sebelum ini, terdapat
jalan berbukit lagi setelah jalan bertar tetapi aku tidak perasan. Sepanjang
mendaki menggunakan jalan bertar terdapat lebih ramai pendaki yang
menggunakanya tidak kiralah samada berjalan mahupun yang menggunakan basikal. Yang menariknya di sini kita dapat melihat semua peringkat umur yang mendaki iaitu orang tua, muda remaja, kanak-kanak, pasangan suami isteri, keluarga serta kawan-kawan... Aku salute depa semua!! Puncak Bukit Tok’Kun tidaklah menyajikan pemandangan yang indah seperti Bukit
Broga yang ku daki sebelum ini mahupun seperti Bukit Batu Putih kerana di puncak ini hanya terdapat 4 buah
menara telekomunikasi seperti yang terdapat di Bukit Gasing sebelum ini yang ku
daki. Jika pendaki semua mahukan pemandangan yang indah di mana anda dapat melihat
Empangan Mengkuang, terdapat sebuah pelantar pemandangan yang di sediakan
khusus untuk melihat. Pelantar ini di bina di sebelah kanan jalan bertar
sebelum puncak Bukit Tok’Kun dan terdapat papan tanda pelantar ini... Jangan terlepas plak ye..haha
|
Pewai teruk dah time nih..haha. Trek kejam |
|
Sampai jalan betar.. Tak jauh dah |
Lebih
kurang jam 8.50 pagi kami mula turun dari puncak Bukit Tok’Kun. Kali ini kami
memilih untuk turun melalui jalan bertar. Perjalanan untuk turun memakan masa
sejam tanpa henti. Memandangkan kasut yang digunakan ku tidak sesuai kaki aku
jadi melecet. Jadi pemilihan kasut di sini sangatlah penting. Akhir kata semoga
entri aku kali ini dapat membantu sedikit sebanyak hiker-hiker di luar sana
untuk mendaki bukit ini. Majulah hiking untuk Malaysia!!
|
Mengkuang Dam |
Terima kasih for sharing info. Terbaik.
ReplyDeletethanks for info
ReplyDeletethank tuan share info
ReplyDeletei've been hiking in bukit gasing and 2 important thing people always don't bring - bug spray and sun block... haha
ReplyDelete