BUKIT BROGA, SEMENYIH
Bersedia untuk hiking!! |
Biasala janji melayu, janji pukul 6.45 nak panjat bukit tapi hampir jam 7 pagi belum nampak muka lagi..haha. Untuk pengetahuan hangpa juga di sini ada juga disediakan surau tetapi malangnya pagi itu berkunci dan kami terpaksa mencari surau di luar. Kami bersolat subuh di surau Shell manakala kawanku yang lain di Petronas berdekatan.
Gift & Shahrizal... Bukan main hangpa posing nohh.. Sabaq sattt...haha |
Sebelah tue pernah daki Broga tapi awal-awal nampak macam piawai dah...haha |
Posing la kau.. Memang keja aku tangkap gamba je...haha |
Perjalanan untuk sampai ke puncak memakan masa lebih kurang 45 minit sahaja bagi yang betul-betul fit tetapi dah kalau asyik berenti tangkap gambaq ja sepanjang jalan memang la sampai sejam lebih..haha. Tapi memang hangpa kena tangkap gambaq banyak-banyak bukan apa sekdar kenangan nanti. Kami mendaki pada hari Isni jadi tidak ramai sangat pendaki pada waktu itu tapi kalau hujung minggu dah macam ada pasar malam dah kat atas tue..haha.
Dah nampak dah puncak kejayaan skit-skit tue..haha |
Bukan main suka hangpa nohh siap melompat bagai |
Acah-acah photoshoot band indie...haha |
Jangan mengunyit plak atas batu tue woiii...haha |
Kami sampai di puncak lebih kurang jam 9 pagi dan ketika itu sudah ramai juga para pendaki di puncak tetapi tidak seramai pada waktu hujung minggu. Sampai di puncak masing-masing melepaskan lelah yang tak berapa lelah sebab kawasan Broga berangin dan peluh tak keluaq sangat..hihi. Nie salah satu sebab aku suka ngan Broga nih...omnomnom
Tengok daun tue ditiup dah tahu dah angin kuat mana..hehe |
Posing la posing...haha |
Abaikan muka yang macam tak mandi tue...haha |
Acah-acah hiker kental la kononnya..haha |
Lebih kurang sejam di puncak kami pun turun. Untuk pengetahuan juga, di puncak Bukit Broga ini juga merupakan starting point ke Gunung Tokwan. Terdapat laluan terus ke Gunung Tokwan di puncak Bukit Broga ini. Bagi yang fit boleh teruskan perjalanan yang memakan masa lebih kurang sejam setengah untuk sampai ke puncak Gunung Tokwan.. Kami dah pewai dah..haha. Lagipun Gunung Tokwan takdak dalam list kami...hehe.
Batu belah batu bertangkup..haha |
Ada bran ka!! haha |
Gaya bukan main..haha |
Sungai Tekala |
Jangan tiru aksi ini!! |
Sekiranya hangpa nak mandi aku cadangkan hangpa ke Hutan Rekreasi Sungai Tekala.. Yela badan dah bau masam sebab panjat bukit kan jadi kita cari tempat untuk segarkan badan.. Sungai Tekala la pilihan yang paling tepat..hehe. Kalau nak port baik hangpa kena naik skit ke atas untuk dapat port yang dalam skit. Caj untuk masuk adalah RM1 seorang. Tapi hati-hati sebab air di puncak sangat deras dan jangan suka sangat sebab aku dah jatuh dah sebab tergelongsor dari atas ke bawah.. Sakit oiiii.. Sampai bawah senyap teruih..haha. Sekadar peringatan mesra ye geng..hehe. So far, Bukit Broga sangat recommendded untuk para hikers kental sekalian....
Comments
Post a Comment