Posts

BUKIT TOK'KUN, CHEROK TOK'KUN, PULAU PINANG

Image
Pada hujung minggu yang lalu iaitu hari Ahad, aku bersama adik iparku Zikri berkesempatan mendaki Bukit Tok’Kun di Cherok Tok’Kun Pulau Pinang. Bukit ini terletak di kawasan Hutan Lipur Bukit Mertajam. Ketinggian bukit ini daripada paras laut adalah lebih kurang 500 meter. Memandangkan aku dalam mood cuti di kampung isteriku, jadi apa salahnya aku melepaskan gian untuk hiking di Penang....Yeahhhh. Penang juga terkenal dengan hiking spot seperti Bukit Bendera dan Bukit Jambul. Permulaan trek.. Bleh lagi senyum time nih..hehe Buddy aku Zikri...auummm Awai lagi... Kita posing duluuu..yihaaaa Rumah isteriku yang terletak di Kampung Tanah Liat tidak jauh daripada Bukit Tok’Kun ini. Perjalanan dengan menaiki motor mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Memandangkan hari itu adalah hari Ahad, maka kenderaan pada pagi itu tidaklah begitu banyak kerana masing-masing masih di dalam selimut masing-masing... Jalan tak jem oiii...haha. Kami tiba di kawasan kaki bukit

BUKIT BROGA, SEMENYIH

Image
Pada edisi hiking bukit kali ini aku bersama beberapa lagi kawan sekerjaku berkesempatan mendaki bukit yang paling popular bagi kalangan hiker iaitu Bukit Broga. Bukit Broga terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih, Selangor. Ketinggian bukit ini daripada paras laut adalah 400 meter dan itu merupakan salah satu sebab kenapa bukit ini sesuai untuk para pendaki yang baru mahu menjinakkan diri dengan aktiviti hiking ini. Di samping itu pemandangan dan bentuk muka bumi yang agak landai memudahkan para pendaki yang baru untuk menawan bukit ini. Sememangnya sekiranya mana-mana pendaki yang baru mahu memulakan aktiviti pendakian maka Bukit Broga lah pilihan yang paling tepat sekali. Bersedia untuk hiking!! Pukul 5 pagi aku sudah bangun sepertimana yang di janjikan bersama-sama temanku memandangkan perjalanan dari rumahku untuk ke sana memakan masa lebih kurang sejam perjalanan. Perancangannya kami akan bersolat subuh terlebih dahulu di area Broga. Lebih kurang jam 6.30 pagi aku sudah

BUKIT BATU PUTIH, PORT DICKSON

Image
Assalamualaikum wbt Pada minggu lepas aku berkesempatan mendaki Bukit Batu Putih yang terletak di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Hiking spot ini sudah makin terkenal dek kerana pemandangan lautnya yang memukau apabila kita berada di atas bukit ini. Seperti biasa aku jadi lone ranger lagi pada edisi hiking kali ini..haha. Apa ada hal kan.. Di mana ada kemahuan di situ ada bukit..chewaahhh. Aku bertolak daripada kediaman aku di Damansara Damai ini lebih kurang pukul 8 pagi dengan menaiki motorsikal. Perjalanan daripada sini memakan masa lebih kurang 2 jam. Agak meletihkan dan kebas pungkoq orang Penang kata. Tapi memandangkan atas dasar minat dan hobi ku gagahi jua untuk meneruskan perjalanan. Aku lebih suka naik motor berbanding kereta kerana lebih senang untuk mencilok sekiranya ada kesesakkan trafik. Aku berhenti rehat di RNR Seremban untuk mengalas perut dan mengisi minyak motor. Lupa plak aku nak tambah, kalau naik motor lebih jimat berbanding kereta maklumla minyak berapa d