BUKIT BATU PUTIH, PORT DICKSON

Assalamualaikum wbt

Pada minggu lepas aku berkesempatan mendaki Bukit Batu Putih yang terletak di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Hiking spot ini sudah makin terkenal dek kerana pemandangan lautnya yang memukau apabila kita berada di atas bukit ini. Seperti biasa aku jadi lone ranger lagi pada edisi hiking kali ini..haha. Apa ada hal kan.. Di mana ada kemahuan di situ ada bukit..chewaahhh.

Aku bertolak daripada kediaman aku di Damansara Damai ini lebih kurang pukul 8 pagi dengan menaiki motorsikal. Perjalanan daripada sini memakan masa lebih kurang 2 jam. Agak meletihkan dan kebas pungkoq orang Penang kata. Tapi memandangkan atas dasar minat dan hobi ku gagahi jua untuk meneruskan perjalanan. Aku lebih suka naik motor berbanding kereta kerana lebih senang untuk mencilok sekiranya ada kesesakkan trafik. Aku berhenti rehat di RNR Seremban untuk mengalas perut dan mengisi minyak motor. Lupa plak aku nak tambah, kalau naik motor lebih jimat berbanding kereta maklumla minyak berapa duit ja dan tol aku takyah bayaq. Dengan zaman sekarang nie yang serba serbi mahal kena la berjimat skit kan.

Untuk pengetahuan hangpa semua, aku dah book hotel siap-siap dah sebelum sampai ke Port Dickson nie. Hotel yang aku book nama dia Merlott Hotel yang terletak lebih kurang 10 minit daripada pekan Port Dickson. Aku sampai lebih kurang jam 10.30 pagi di hotel tue tapi malangnya tak boleh nak check-in lagi sebab awal sangat. Jadi dia minta masa sejam supaya aku datang semula untuk dia uruskan bilik aku. Aku ok je, sejam tue aku gunakan melawat kawasan berhampiran.

Panaih lit lit oii time nih



Bilik hotel aku standard bilik bujang la kan


Aku masuk bilik aku dalam pukul 12 tengah hari macam tue, lewat skit dari masa yang dijanjikan oleh receptionist kat bawah tue. Dia la dok jaga kaunter dia juga housekeeping padan la pun lambat. Tapi multi-tasking mcam nie la boss suka sebab gaji bayaq sama ja tapi kerja boleh buat macam-macam...haha. Masa yang ada aku gunakan sebaik mungkin untuk berehat. Usai solat Zohor lebih kurang jam 2.30 petang aku keluar daripada bilik hotel untuk pergi makan tengah hari.

Cendol Durian RM5

Set Ikan Pari RM9
Sebenaqnya ini merupakan kesilapan terbesar aku sebelum nak hiking Bukit Batu Putih maklumla first time kot nak naik bukit setelah berkurun lama tak terjun dalam bidang daki mendaki nih..haha. Pertama sekali, hang dah tau hang nak naik bukit hang boleh plak tibai set ikan pari?? Set ikan pari tue takpa la jugak nie dengan cendol durian hang tibai weiii...haha. Nak naik bukit kot bukan nak tidoq lepas nieh...huhu. Kedua dari segi timing, timing aku memang tak cun dan takdak target. Orang kalau nak naik bukit nie sama ada awal pagi atau lewat petang. Nie hang boleh plak matahari terpacak atas kepala pukul 3-4 petang tue hang nak panjat memang mendapat laa..haha. Orang lain pakat layan sunrise sunset, aku layan sun atas kepala lit lit kot...haha. Jadi bagi hangpa yang first timer nak naik bukit kena consider dua benda nih iaitu timing dengan pemakanan sebab dia akan effect hangpa punya hiking nanti.


Sebenanqnya Bukit Batu Putih nie bersempadan dengan Negeri Sembilan & Melaka. Setahu aku dia dalam Negeri Melaka

Ada 2 trails untuk sampai ke Bukit Batu Putih.. Nie trail pertama yang aku amik. Klu dia ada tong sampah kat sebelah kanan

View kat bawah pun dah cantik apa lagi kat atas kan. Dari sini sebelah kiri hangpa jalan je terus sampai nampak satu trail menghala ke atas

Kat bawah tak nampak putih kan hangpa tunggu sampai atas jap lagi

Taraaaa.... Dah sampai. Muka tahan silau sebab panaih..haha










Style tak..haha

Sekuntum bunga larangan

Nie papan tanda untuk entrance trail yang ke-2... Masuk kat sini pun boleh, tapi aku keluaq kat sini

Rumah Api Tanjung Tuan


Ducatti Paaniggale aku.... Ingat besa-besa kaa..haha







Comments

Popular posts from this blog

BUKIT TOK'KUN, CHEROK TOK'KUN, PULAU PINANG

BUKIT BROGA, SEMENYIH

BUKIT GASING, PETALING JAYA